YES hari ini mengumumkan inisiatif Kasi Up. Menerusinya, ia menampilkan pelan pascabayar dan prabayar baharu serta inisiatif Kasi Up Rujuk & Jana.

Bagi pakej prabayar, YES menawarkan pelan Kasi Up Prepaid 15, yang berharga RM15/sebulan. Melalui pelan ini, ia memberikan kuota internet sebanyak 10GB dengan tempoh sah langganan selama 30 hari.

Untuk pakej pascabayar pula, YES menyediakan pelan Postpaid 49 dengan bayaran bulanan sebanyak RM49. Dengan tempoh sah selama 30 hari, pelan ini menawarkan kuota internet sebanyak 100GB. Anda juga boleh menikmati langganan percuma untuk 6 bulan pertama bagi kontrak selama 2 tahun.

pelan Kasi Up YES

Selain itu, YES turut melancarkan inisiatif Kasi Up Rujuk & Jana. Menerusi inisiatif ini, pelanggan yang berjaya merujuk rakan untuk sertai YES akan menerima wang tunai sehingga RM50. Tidak hanya pelanggan yang merujuk, kedua-dua pihak akan mendapat ganjaran yang sama.

pelan Kasi Up YES

Untuk lebih lanjut mengenai kedua-dua pelan dan inisiatif ini, layari laman rasmi YES.

Sumber: YES Kasi Up FAQ