Yes 5G kini mengumumkan senarai lengkap harga pembelian model iPhone 15 secara ansuran dengan pelan langganan Infinite+.
{suggest}
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai pelan tersebut.
Berapa lama tempoh kontrak?
Pengguna boleh melakukan pembelian iPhone 15 dengan kontrak 24 atau 36 bulan, bergantung kepada pilihan pelan yang tersedia.
Berapa deposit dan had internet?
Menurut Yes 5G, tiada deposit atau wang pendahuluan yang dikenakan untuk pelanggan baharu dan sedia ada.
Selain itu, Yes 5G menawarkan data tanpa had dan tidak bergantung kepada FUP (Fair Usage Policy) serta tiada surcaj untuk data 5G.
Harga ansuran bulanan
Sebagai penjelasan, perlu diketahui harga di bawah merupakan ansuran bulanan yang perlu dibayar untuk harga peranti. Ia tersedia mengikut pelan langganan Yes Infinite+, model iPhone 15, pilihan storan serta tempoh kontrak.
Sebagai contoh, jika melanggan Yes Infinite+ Ultra dengan iPhone 15 128GB storan untuk tempoh kontrak 36 bulan, anda perlu bayar bulanan seperti berikut:
- RM178 (Yes Infinite+ Ultra ) + RM21 (ansuran bulanan iPhone 15) = RM199/bulan
Berikut merupakan senarai penuh ansuran bulanan barisan iPhone 15 dengan pelan langganan Infinite+.
iPhone 15
iPhone 15 Plus
iPhone 15 Pro
iPhone 15 Pro Max
Selain siri iPhone 15, Yes 5G turut menawarkan pelan langganan dengan iPhone 14 dan iPhone 13.
Menariknya lagi, iPhone 13 128GB ditawarkan secara percuma bersama pelan langganan Infinite+ Ultra untuk tempoh kontrak 36 bulan.
Bila boleh mula beli?
Pembelian iPhone 15 secara ansuran dengan pelan langganan Infinite+ boleh dibuat mulai 3 November 2023.
Untuk maklumat selanjutnya, layari laman rasmi Yes 5G.
Sumber: Yes 5G