Penyanyi rap popular, Kanye West telah bekerjasama dengan Gap untuk melancarkan koleksi pakaian yang menjadi sebahagian daripada label fesyen Yeezy.
Koleksi yang bercirikan asas moden tinggi yang akan dijual dengan harga yang berpatutan bertujuan untuk kedua-dua jenama mencari “pelanggan baru”.
Kolaborasi ini juga sangat bermakna bagi West yang pernah bekerja untuk Gap semasa remaja ketika beliau dibesarkan di Chicago. Koleksi Yeezy Gap ini akan dikeluarkan untuk para lelaki, wanita, dan juga kanak-kanak.
West yang mempunyai kolaborasi dengan adidas sejak tahun 2015 mengatakan beliau ingin menjadi “Steve Jobs kepada Gap”. Ketua Global Jenama Gap, Mark Breitbard berkata,
“We are excited to welcome Kanye back to the Gap family as a creative visionary, building on the aesthetic and success of his Yeezy brand and together defining a next-level retail partnership.”
Koleksi Yeezy Gap ini akan dilancarkan secara online dan di butik-butik Gap pada tahun 2021.
Sumber: Independent