Pada tahun 2024, Yahoo dijangka kembali dalam arena enjin carian dengan pengalaman Yahoo Search yang baharu. Mereka bakal membuat reka bentuk semula, penjenamaan semula dan memperkenalkan ciri yang lebih canggih pada akhir tahun.
Yahoo dan Google merupakan pesaing ketat yang mana Google kelihatan lebih unggul dengan teknologi yang mereka ada. Hal ini kerana, Yahoo lambat menyesuaikan diri dengan teknologi yang semakin berkembang berbanding Google yang lebih pantas untuk menggunakan teknologi yang terkini.
Namun, hasil daripada persaingan antara kedua-dua syarikat ini telah menyebabkan internet semakin berkembang pesat.
Yahoo telah menceburi bidang ini sejak tahun 1995 dan syarikat tersebut berharap dapat kembali menerajui pasaran tersebut dengan wajah yang baharu.
Google telah menguasai pasaran enjin carian di seluruh dunia dengan 91.55%. Diikuti Bing dan Yandex masing-masing 3.11% dan 1.83%. Data ini diambil kira sehingga Oktober 2023.
Yahoo Search berwajah baharu bakal dilancarkan pada awal tahun 2024.
{suggest}
Sumber: MSPoweruser