Selain barisan telefon pintar terbaru, Xiaomi juga hari ini mengumumkan tablet terbaru mereka iaitu Xiaomi Pad 5.

Tablet bersaiz 11 inci ini dilengkapi skrin WQHD+ dengan kadar segar 120Hz serta menyokong Dolby Vision serta 4 sistem pembesar audionya juga menyokong audio Dolby Atmos.

Tablet ultra ringan dan nipis ini ditawarkan dalam 2 warna menaraik iaiatu Pearl White dan Cosmic Grey.

Xiaomi Pad 5 menyokong stylus terbaru Xiaomi Smart Pen yang boleh dicas terus dari tablet tersebut. Xiaomi menyatakan, mengecas penuh Xiaomi Smart Pen dari Xiaomi Pad 5 hanya mengambil masa 18 minit sahaja.

Xiaomi Pad 5 dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 860 7nm serta bateri berkapasiti 8720mAh.

Xiaomi Pad 5 berharga dari €349.00 bagi varian 6GB+128GB dan €399.00 bagi varian 8GB+256GB.