Laporan terbaru daripada XDA, Xiaomi tidak akan lagi menggunakan penjenamaan “Mi” pada produk mereka masa hadapan. Seperti yang diketahui, “Mi” bukan sahaja digunakan pada telefon pintar tetapi juga produk lain seperti penjejak kesihatan, TV pintar dan lain-lain.

Sebenarnya, Xiaomi telah mula “membuang” penjenamaan “Mi” menerusi peranti baharu dengan teknologi kamera di bawah skrin, Mix 4. Malah, di China sendiri, mereka hanya memakai nama Xiaomi atau “小米” sahaja.

Oleh yang demikian, selepas ini hanya akan ada Xiaomi, Redmi dan juga POCO di pasaran.

Mengimbas kembali, Xiaomi pertama kali ditubuhkan pada tahun 2010 dan telefon Mi 1 dilancarkan pada tahun 2011. Kemudian, dalam masa 10 tahun selepas itu, jenama Xiaomi mula meningkat naik dan mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Selain berjaya mendominasi pasaran Eropah buat pertama kali, mereka juga berjaya mengatasi BMW dalam jenama paling bernilai 2021 serta menduduki tangga kedua sebagai pengeluar terbesar dunia setakat ini.

Oleh itu, telefon pintar yang dijangka dikuasakan Snapdragon 898 akan menggunakan nama Xiaomi 12, bukan Xiaomi Mi 12 atau Mi 12.

Sumber: XDA

Baca juga: