Pengguna Mi A3 baru-baru ini telah menerima kemas kini Android 11 versi stabil untuk peranti itu. Bagaimanapun, kemas kini yang telah dilepaskan tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan peranti yang telah dikemaskini tidak berfungsi dan gagal dihidupkan.
Berikutan itu, Xiaomi telah mengeluarkan kenyataan yang meminta pengguna Mi A3 supaya mengabaikan dan tidak melakukan kemas kini Android 11 jika ada menerima kemas kini OTA. Walaupun begitu, mungkin sudah ada yang terlebih dahulu melakukan kemas kini tersebut.
Terbaru, Xiaomi kini mengumumkan baik pulih percuma kepada peranti yang terkesan dengan kemas kini berkenaan walaupun tidak lagi mempunyai waranti.
Pengguna yang terkesan boleh menghantar peranti ke mana-mana pusat perkhidmatan pelanggan Xiaomi yang terdekat. Menurut Xiaomi,
“We are aware of the issue on some Mi A3 devices following a recent Android 11 update. We have since halted the rollout. In response, we kindly request users who experience this issue to visit any of the 2,000 plus service centers across the country near to you wherein a solution will be provided for free unconditionally (within or beyond warranty),”
Sementara itu, belum diketahui bila Xiaomi akan melepaskan kemas kini terbaru untuk Mi A3.
Sumber: Android Authority