Sebagai tanda sokongan terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Xiaomi Malaysia tampil memberi sumbangan kepada salah satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Ia merupakan lokasi PPV baru yang mana sudah beroperasi sejak minggu lepas dan terletak di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Sumbangan itu terdiri daripada dua jenis produk Xiaomi yang sedia dipasarkan dalam Malaysia seperti 30 unit Mi Air Purifier 3C, dan 200 unit Redmi 18W Fast Charge Power Bank 20,000mAh.

Pihak Xiaomi menyatakan melalui peranti yang diberikan, ia boleh membantu petugas barisan hadapan dan penerima vaksin mendapatkan udara lebih bersih melalui Mi Air Purifier 3C. Sementara peranti petugas juga dapat bertahan untuk tempoh lebih lama dengan adanya PowerBank Redmi yang dibekalkan.

Untuk makluman, PPV MITEC yang berkeluasan 51,000 meter persegi dijangkan akan memuatkan lebih dari 5000 penerima vaksin dan angka tersebut mungkin meningkat sehingga 8,000 untuk sehari.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Nak beli tekan bawah ni:
Mi Air Purifier 3C: https://invol.co/cl4eazg
Redmi 18W Fast Charge 20,000mAh: https://invol.co/cl4eb2i