Semakin kerap guna telefon semakin banyak tenaga bateri yang ditagih. Lebih-lebih lagi bagi golongan penghantar makanan, powerbank jadi peneman setia.

Banyak jenama yang menawarkan peranti kuasa tambahan ini dan salah satu daripadanya adalah sub-jenama Xiaomi, Redmi. Februari tahun lalu pengeluar tersebut telah memperkenalkan dua buah powerbank 10,000mAh dan 20,000mAh.

Ia diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran India ketika itu dan setakat ini, kedua-dua model tersebut telah mencecah angka jualan 1 juta unit.

Rekod jualan itu merupakan sesuatu yang membanggakan mereka, manakala syarikat induk, Xiaomi pula pada tahun lepas sudah berjaya menjual sekitar 10 juta unit Mi Powerbank yang dihasilkan di India.

Redmi Powerbank boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian pada julat harga RM45 sehingga RM70 mengikut kapasiti bateri. Daya pengecasan bagi 10,000mAh adalah 10W sementara 20,000mAh pula mampu mengecas sehingga 18W.

Sumber: Redmi India

Beli Redmi Powerbank dari Shopee:
https://invol.co/cl53pon