Sebelum ini, Xiaomi telah dikhabarkan dalam perancangan untuk membangunkan kereta mereka sendiri. Bagaimanapun, Xiaomi kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan belum ada sebarang projek pembangunan kereta yang ditubuhkan buat masa ini.
Terkini, Xiaomi telah mengesahkan projek pembangunan kenderaan elektrik telah diluluskan. Ini bermakna, Xiaomi akan memasuki segmen pasaran automotif tidak lama lagi.
Menurut Xiaomi, sebanyak RMB10 bilion dilaburkan untuk fasa awal, dengan jumlah pelaburan dalam tempoh 10 tahun akan datang dianggarkan bernilai USD10 bilion.
BREAKING NEWS
Say hello to #XiaomiSmartElectricVehicles.
Get all the information at our #XiaomiMegaLaunch Part II tonight! 19:30 (GMT+8), 2021! pic.twitter.com/gq3Kue2pF1
— Xiaomi (@Xiaomi) March 30, 2021
Perincian lanjut mengenai pembangunan kenderaan elektrik ini dijadualkan bakal diumumkan pada acara pelancaran bahagian kedua yang berlangsung malam ini.