CEO Xiaomi Lei Jun bakal mengadakan ucapan tahunan pada minggu hadapan, iaitu 10 Ogos 2021. Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan beberapa peranti akan diumumkan selepas ucapannya.

Seperti yang sedia maklum, peranti yang dijangka akan diumumkan Xiaomi kelak adalah kembalinya dua siri yang lama tidak kedengaran – Mi Mix 4 dan Mi Pad 5.

Semestinya dua peranti ini menarik perhatian ramai dimana siri Mi Mix sentiasa membawa perubahan baharu. Contohnya Mi Mix Fold. Oleh itu, Mi Mix 4 kali ini akan tampil dengan paparan bezel yang nipis serta kamera di bawah skrin.

Manakala tablet Xiaomi yang lama tidak dilancarkan bakal menawarkan sesuatu kepada pengguna. Hal ini kerana mereka menyatakan tablet baharu nanti akan menjalankan sistem operasi yang khusus untuknya.

Bagi yang tertanya-tanya tentang MIUI 13, Lei Jun memberi tahu bahawa ia akan dilancarkan kepada pengguna pada penghujung tahun ini.

Sumber: weibo

Baca juga artikel berkaitan: