Semalam, Xiaomi telah mengumumkan acara pelancaran produk baharu dijadualkan akan berlangsung pada 29 Mac 2021. Terbaru, Xiaomi telah mengesahkan antara peranti yang akan dilancarkan pada minggu depan termasuk Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra.

Mi 11 Pro Xiaomi

Terdahulu, terdapat spekulasi mengatakan kedua-dua peranti ini akan dilengkapi dengan panel skrin kedua yang diletakkan bersebelahan dengan kamera belakang. Dari segi kamera, kedua-duanya dijangka akan menggunakan sensor terbaru dari Samsung iaitu 50MP ISOCELL GN2.

Selain Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan sejumlah produk baharu yang lain.

Untuk melihat apa yang bakal ditawarkan pada Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra serta lain-lain produk, nantikan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 29 Mac 2021, jam 7.30 malam.

Sumber: Weibo

Beli produk Xiaomi melalui:
Shopee (https://invol.co/cl31317)
Lazada (https://invol.co/cl3130q)