Xiaomi nampaknya tidak melupakan barisan model telefon pintar mereka terdahulu. Ini kerana, Xiaomi telah mengesahkan bahawa lagi 4 model terdahulu keluaran telefon pintar mereka akan turut menerima kemas kini terbaru MIUI 12.5

4 Model peranti itu adalah Mi 8, Mi 8 Explorer Edition, Mi MIX 2S dan Mi MIX 3.

Pengesahan itu dibuat menerusi laman sosial Weibo oleh Zhang Guoquan yang merupakan Pengarah Perisian Sistem Peranti Mudah Alih Xiaomi.

Ini bermakna, kemas kini MIUI 12.5 untuk 4 peranti tersebut akan ditawarkan tidak lama lagi kepada para penggunanya.

Penambahan itu sekaligus menjadikan jumlah peranti pintar Xiaomi yang menerima MIUI 12.5 adalah sebanyak 41 model.

Baca juga: Ini Senarai 37 Peranti Pintar Xiaomi Yang Sudah Menerima MIUI 12.5 Setakat Ini

Sumber: GizmoChina