Xiaomi Redmi 4 dan 4A merupakan dua model lama yang telah dijanjikan kemaskini naik taraf kepada MIUI 10.
Diperkenalkan pada 2016 yang lepas, pemilik kedua-dua model ini pastinya ternanti-nanti kedatangan kemaskini terbabit.
Walaubagaimanapun, antaramuka MIUI 10 versi global yang sudah mula dilepaskan itu masih berasaskan Android Nougat 7.1.2.
Redmi 4 akan menerima kemaskini bersaiz 316MB sementara kemaskini bagi Redmi 4A pula sebesar 268MB.
Anda salah seorang pemilik Redmi 4 atau Redmi 4A? Sudah terima atau belum?
Sumber: GSMArena