Strategi Xiaomi nampaknya membuahkan hasil. Ini kerana Canalys melaporkan Xiaomi memintas Apple dalam peranti boleh pakai setakat suku kedua 2021.

Berdasarkan data, Xiaomi adalah pengeluar dan memiliki pegangan pasaran terbesar di dunia setakat ini bagi segmen penjejak kesihatan atau “smart band”. Mereka berjaya mengeluarkan sebanyak 8 juta dalam tempoh itu.

Jualan tersebut turut didorong sejak pelancaran Mi Smart Band 6 yang mana ia sebuah penjejak kesihatan yang tampil dengan spesifikasi menarik pada harga mampu milik.

Bagaimanapun, kedudukan Apple masih lagi kukuh dalam pasaran jam tangan pintar memandangkan mereka tidak menawarkan “Apple Band”. Ia kemudian diikuti Huawei dimana mereka juga baru sahaja memperkenalkan Huawei Watch 3. Sementara Garmin dan Samsung masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Canalys ada menyatakan bahawa kebanyak pengeluar peranti ini gemar membawa perubaha dan menawarkan teknologi baharu seperti UI, pengalaman penggunaan, reka bentuk unik serta jangka hayat bateri.

Namun, penjejak kesihatan tidak boleh dipandang rendah kerana ia masih lagi diminati ramai. Hadir dengan fungsi kesihatan yang diperlukan dan harga tidak mahal.

Sumber: canalys

Baca juga: