Berdasarkan laporan Canalys, Xiaomi kini sudah memintas Apple untuk menjadi pengeluar telefon nombor dua terbesar di dunia. Pengeluaran Xiaomi dilihat meningkat sebanyak 83% berbanding tahun lalu.

Selain itu, mereka mendapati pengeluaran Xiaomi di pasaran Amerika Latin, Africa dan Eropah barat turut meningkat. Malah, harga jualan telefon mereka juga jauh lebih murah jika nak dibanding dengan Apple atau Samsung.

Bercakap tentang Samsung, mereka masih lagi memegang takhta dengan pegangan pasaran global 19% dan peningkatan jualan sebanyak 15% berbanding tahun lalu.

Tidak pelik perkara ini terjadi pada Xiaomi kerana mereka juga telah memintas BMW dalam menjadi jenama paling bernilai pada tahun ini. Bahkan, Canalys turut melaporkan Xiaomi adalah jenama nombor satu di Malaysia setakat suku pertama 2021.

Sumber: canalys

Baca juga artikel berkaitan: