Semalam, Xiaomi secara rasmi mengumumkan siri Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember 2020. Menjelang pelancarannya, Xiaomi kini memperlihatkan skor ukur aras GeekBench bagi Mi 11 dengan janaan cip Snapdragon 888.

GeekBench Mi 11

Melihat dari skor yang diuji, Mi 11 dengan cip Snapdragon 888 meraih markah teras tunggal purata 1135. Ia adalah lebih tinggi dari markah purata teras tunggal cip Kirin 9000 dan Snapdragon 865 dengan masing-masing mendapat 1003 dan 934 mata.

GeekBench Mi 11

Bagi markah multi-teras, Snapdragon 888 turut mengatasi prestasi Kirin 9000 dan Snapdragon 865. Markah yang diperoleh oleh Mi 11 dengan cip ini adalah 3818 mata.

Terdahulu, siri Mi 11 dilaporkan akan hadir dengan sekurang-kurangnya dua model iaitu Mi 11 dan Mi 11 Pro. Xiaomi dijangka mendedahkan lebih banyak mengenainya menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Sumber: Weibo via IT HomeĀ