Pada acara pengenalan Mi Mix 4 yang diadakan sebentar tadi, Xiaomi turut memeriahkan pentas pelancaran dengan dua buah model tablet, Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro.

Kedua-dua tablet ini hadir dipasang dengan paparan bersaiz 11 inci yang menyokong resolui 2.5k (2560 x 1600). Ia diperkuatkan lagi dengan kadar segar semul 120Hz, HDR10 serta pengiktirafan Dolby Vision.

Mi Pad 5

Berketebalan 6.8mm, model ini datang dengan berat 515g yang dikuasakan oleh Snapdragon 860, RAM6GB, storan 128GB/256GB, bateri 8720mAh dan pengecasan pantas 33W. Bahagian audio pula digalas pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, Hi-Res Audio serta Hi-Res Audio Wireless.

Tablet ini juga menyertakan kamera belakang 13Mp sementara kamera hadapan 8MP. Ia akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Hijau serta Putih pada harga 1999 yuan (~RM1303) dan 2999 yuan (~RM1955).

Mi Pad 5 Pro

Dari segi reka bentuk, ia sama sahaja seperti model diatas, tetapi kelebihan adalah pada cip pemproses dan beberapa bahagian lain. Cip Snapdragon 870 dan RAM 8GB digunakan pada model ini. Saiz storan sama seperti model Mi Pad 5.

Kapasiti bateri 8600mAh dimuatkan pada tablet ini dengan daya pengecasan pantas 67W serta mempunyai sistem penyejukan tiga dimensi.

Versi Pro turut mempunyai dua variasi iaitu WiFi dan 5G yang mana perbezaan ketara adalah pada bahagian kamera. Variasi 5G menerima kamera 50MP belakang dan hadapan 5MP, sementara versi WiFi pula hanya dengan lensa 13MP belakang dan 8MP hadapan, sama seperti model asas, Mi Pad 5.

Kedua-dua model turut menyokong papan kekunci magnetik serta stylus.

Harga jualan di China bermula dari 2499 yuan (~RM1630) sehingga 3499 yuan (~RM2281).