Menambah kepada penawaran sedia ada, Xiaomi kini telah memperkenalkan Mi Power Bank 3 dengan kapasiti 30,000mAh. Melalui kapasiti gergasi itu, ia hadir dengan ukuran 160.5mm x 96.5mm x 44mm, seberat 657.9g dan menyediakan 2x USB-A, 1x USB-C serta 1x USB-C.
Bagi daya pengecasan, ia boleh menyalurkan tenaga kepada peranti lain pada 18W (USB-A dan USB-C). Mi Power Bank 3 boleh dicas melalui USB-C pada 24W manakala mikroUSB hanya terhad dengan 18W sahaja. Pengecasan penuh powerbank 30,000mAh ini memerlukan tempoh lebih kurang 7.5 jam.
Selain daripada itu, peranti ini juga boleh ditetapkan pada mod arus rendah yang sesuai digunakan untuk pengecasan aksesori seperti jam tangan pintar serta fon telinga tanpa wayar.
Mi Power Bank 3 bakal dijual di China pada 18 Jun ini pada tanda harga CNY170, iaitu kira-kira ~RM102 mengikut tukaran matawang asing semasa. Sekiranya ia dibawa masuk ke dalam pasaran tempatan, adakah anda merancang untuk mendapatkan power bank sebesar ini?
Sumber: GSMArena
Boleh beli powerbank Xiaomi yang lain di:
Lazada: https://invol.co/clp2iw
Shopee: https://invol.co/clp2iu