Umum mengetahui, Apple tidak menyertakan pengecas dalam kotak pembelian iPhone 12 di mana ianya boleh dibeli secara berasingan pada harga RM99. Sebagai alternatif, Xiaomi telah memperkenalkan pengecasan pantas 20W USB-C yang boleh digunakan pada iPhone 12.
Pengecas ini juga mampu memberikan pengecasan pantas pada Xiaomi Mi 10 dan iPhone 11. Menerusinya, ia mampu mengisi 45% bateri iPhone 11 dalam tempoh 30 minit.
Selain itu, ia juga boleh digunakan pada Samsung S10, iPad Pro, Nintendo Switch dan sebagainya.
Pengecas Xiaomi 20W USB-C diletakkan pada harga 39 yuan iaitu sekitar RM24. Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China buat masa ini.
Sumber: GizmoChina