Semalam, Xiaomi mengatakan mereka bakal memperlihatkan konsep teknologi baharu. Hari ini, secara rasminya ia diperkenalkan, iaitu kaca mata pintar yang dinamakan Xiaomi Smart Glasses.

Seperti yang diperkatakan Lei Jun, dari segi luaran tampak mirip kaca mata biasa. Namun, kaca mata pintar seberat 51g ini mampu mengangkat panggilan, mengambil gambar, memaparkan navigasi, notifikasi serta menterjemah teks yang mana kesemuanya diintegrasi oleh XiaoAI Assistant. Konsepnya juga seakan kaca mata pintar dari Amazon, Razer dan Facebook.

Ia turut dilengkapi MicroLED yang mana ketumpatan piksel tinggi dan lebih cerah berbanding OLED. Mereka juga menggunakan paparan monochrome untuk memudahkan ia dilihat di bawah sinaran matahari.

Selain itu, Xiaomi Smart Glasses hadir dengan mikrofon, pembesar suara dan kamera 5MP untuk mengambil gambar. Didatangkan juga cip pemproses ARM empat teras, bateri, pad sesentuh, WiFi/Bluetooth dan sistem operasi Android.

Bagaimanapun, produk ini masih dalam status konsep dan tiada maklumat lain mengenai harga serta tarikh ketersediaannya.

Sumber: ithome

Baca juga: