Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Pad 6 Rasmi, Skrin 144Hz Pada Harga Bermula RM1299

Posted on Julai 18, 2023Julai 18, 2023

Tablet yang ditunggu-tunggu, Xiaomi Pad 6 akhirnya rasmi untuk pasaran Malaysia. Menariknya lagi, tablet ini menawarkan pelbagai spesifikasi menarik untuk pengguna di luar sana.

Spesifikasi Penuh Xiaomi Pad 6

Tablet ini dikuasakan cip Snapdragon 870, memori RAM hingga 6GB atau 8GB dan pilihan storan 128GB atau 256GB.

Xiaomi Pad 6 dilengkapi skrin IPS LCD 11″ beresolusi WQHD+, sokong kadar segar semula 144Hz dan Dolby Vision.

Selain itu, tablet ini dilengkapi 4 pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos, Hi-Res Audio, Hi-Res Audio Wireless, bateri berkapasiti 8,840mAh dan pengecasan pantas 33W.

Tablet Pad 6 menawarkan sistem kamera 13MP utama dan 8 MP swafoto. Ia hadir dalam binaan aloi aluminium, berat 490g dan 3 pilihan warna – Gravity Gray, Gold, dan Mist Blue.

Xiaomi Pad 6 menggunakan sistem operasi MIUI Pad 14 berasaskan Android 13. Pengguna boleh memadankan tablet ini dengan Xiaomi Smart Pen (generasi kedua), Xiaomi Pad 6 Keyboard dan Xiaomi Pad 6 Cover

Harga dan Ketersediaan

Bermula 20 Julai ini, anda boleh membeli tablet Xiaomi Pad 6 di mana-mana stor sah Xiaomi, platform pembelian atas talian Shopee dan juga Lazada.

Xiaomi Pad 6 menawarkan 3 variasi:

  • RAM 6GB + Storan 128GB – RM1,299
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RM1,399 (Eksklusif hanya dalam pembelian atas talian di platform Shopee atau Lazada sahaja)
  • RAM 8GB + Storan 256GB – RM1,499

Sebarang pembelian awal siri Xiaomi Pad 6 melayakkan anda untuk mendapat tawaran istimewa tambahan seperti di atas.

Beli di Shopee – https://invl.io/cljas09

Beli di Lazada – https://invol.co/cljas0k

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress