Xiaomi Pad 5 mendapat reaksi positif pengguna selepas dilancarkan Ogos lalu. Mengikut jarak tempoh dengan model Mi Pad 4, Xiaomi mengambil masa sehingga 3 tahun untuk mengeluarkannya.
Ura-ura terkini mengatakan ada 4 tablet baharu akan dilancarkan dengan 3 daripadanya di bawah Xiaomi dan 1 di bawah Redmi.
Sumber berkata salah satunya dengan nombor model 22081283G telah lulus pengiktirafan EEC. XiaomiUI mengatakan empat angka terawal tersebut ialah waktu pelancaran satu-satu peranti Xiaomi.
Maka, ramai menjangka ia bakal dilancarkan Julai atau Ogos ini.
[Exclusive] Internal testing of the upcoming Xiaomi tablet (22081283G, Xiaomi Pad 6) has begun in Europe. Expect the launch to happen sometime by July end or in August.#Xiaomi #XiaomiPad6
— Mukul Sharma (@stufflistings) May 26, 2022
Turut dilaporkan dalam 3 model Xiaomi Pad 6 ini, sebuah model kelas permulaan akan dipasarkan juga.
Empat model diramalkan ialah Redmi Pad, Xiaomi Pad 6, Xiaomi Pad 6 Pro, Xiaomi Pad 6 Pro 5G.
Pun begitu, cip MediaTek akan digunakan kali ini walaupun tidak pasti apakah untuk kesemua model atau tertentu.
Sumber: Xiaomiui
Baca juga: