Dari tahun ke tahun kita dapat melihat perkembangan teknologi pengecasan semakin pantas. Bukan sahaja secara berwayar, bahkan tanpa wayar. Ini boleh dilihat seperti apa yang ditawarkan pada siri Huawei Mate40 yang mempunyai pengecasan tanpa wayar 50W.

Tidak ketinggalan juga OPPO yang terdahulu memperkenalkan AirVOOC 65W. Namun berdasarkan spekulasi terbaru, Xiaomi mungkin hadir dengan pengecasan tanpa wayar lebih pantas untuk peranti mereka.

Menurut XDA-Developers, MIUI 12.5 beta mempunyai kod yang memperlihatkan kemampuan pengecasan tanpa wayar 67W.

Kredit: XDA-Developers

Seterusnya ia dikaitkan dengan dua model telefon pintar yang mempunyai kod nama Stars dan Mars. Salah satu model ini juga dikatakan akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 888.

Kredit: Digital Chat Station

Perkongsian di Weibo pula menyatakan model lebih tinggi dari Mi 11 Pro akan diperkenalkan dan tampil dengan kemampuan pengecasan pantas tanpa wayar 67W tersebut.

Sumber: XDA-Developers