Xiaomi Malaysia baru sahaja memuat naik gambar acah di laman Facebook bahawa mereka akan melancarkan produk baharu pada 17 Disember ini.

Menerusi gambar tersebut, mungkin Xiaomi akan melancarkan Mi Watch Lite yang baru sahaja dilancarkan secara global baru-baru ini.

Rekaannya seakan Redmi Watch tetapi akan hadir dengan spesifikasi yang lebih baik.

Dilengkapi bateri 230mAh yang mampu memberikan jangka hayat sehingga 9 hari. Turut mempunyai ciri pemantauan tidur, 11 mod senaman dan lebih daripada 120 muka jam.

Jam pintar ini pasti akan dijual pada harga yang mampu milik dimana Redmi Watch berharga sekitar RM185. Sama-sama kita nantikan apabila ia dilancarkan khamis ini.

Sumber: Xiaomi Malaysia