Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi produk ekosistem baharu, Mi Watch Lite untuk pasaran tempatan.

Mi Watch Lite dilengkapi skrin bersaiz 1.4-inci dengan resolusi 320 x 320 serta 5 pilihan muka jam. Jam pintar ini menampilkan 11 mod sukan termasuk aktiviti berbasikal, berlari, berjalan, berenang, dan lain-lain.

harga Xiaomi Mi Watch Lite

Hadir dengan bateri berkapasiti 230mAh, jam pintar ini mempunyai jangka hayat sehingga 9 hari melalui pengecasan selama 2 jam. Mi Watch Lite ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, putih dan merah jambu.

Jam pintar ini juga didatangkan dengan ciri pemantauan tidursemakan altitud & tekanan udara, serta pelarasan kecerahan secara automatik. Antara lainnya adalah mempunyai sokongan GPS, Bluetooth 5.1 dan ketahanan air sehingga 5ATM.

harga Xiaomi Mi Watch Lite

Di Malaysia, Mi Watch Lite ditawarkan pada harga RM249 dan dijual secara rasmi bermula 20 Disember 2020 melalui kedai jualan rasmi Xiaomi di Lazada serta pengedar yang sah.

Sebagai tambahan, anda juga boleh mendapatkan Mi Watch Lite dengan harga RM199 melalui pra-tempahan di Lazada pada 17 Disember ini.