Khabar angin berkaitan telefon yang agak lama tidak kelihatan di pasaran siri Mi Mix dikatakan akan dilancarkan pada bulan Ogos ini menerusi Xiaomi Mi Mix 4.

Terbaru, telefon pintar tersebut muncul di senarai TENAA yang mana nombor modelnya adalah sama dengan senarai 3C. Melalui penyenaraian ini, beberapa spesifikasi utama didedahkan.

Xiaomi Mi Mix 4 akan mempunyai varian 8GB+256GB dan 12GB+256GB. Ia turut menyokong rangkaian dwi-SIM 5G. Antara spesifikasi lain, dijangka tampil dengan Snapdragon 888, bateri 4500mAh dengan pengecasan 120W, paparan beresolusi 2K dan paling menarik kamera di bawah skrin.

Walaupun belum mempunyai pengesahan rasmi dari Xiaomi bilakah ia akan dilancarkan tetapi dijangka telefon tersebut diperkenalkan bersama-sama MIUI 13 dan tablet Xiaomi Mi Pad 5.

Sumber: mysmartprice

Baca juga artikel berkaitan: