Terdahulu, desas-desus mengenai telefon andalan (flagship) Xiaomi yang baharu semakin kuat diperbualkan di arena web. Melaluinya, ramai berpendapat bahawa telefon itu adalah Mi Mix 4.

Kini, laporan ini semakin kuat dimana terdapat maklumat daripada China mendakwa Xiaomi Mi Mix 4 bakal dilancarkan bulan hadapan, iaitu Ogos tahun ini.

Mi Mix 4 mungkin dilengkapi cip pemproses baharu Snapdragon 888+ serta pengecasan pantas 100W. Menariknya lagi, ia turut dijangka menampilkan paparan penuh kerana menggunakan kamera swafoto di bawah skrin.

Selain itu, skrinnya mungkin hadir dengan panel AMOLED FHD+ berserta kadar segar semula 90Hz atau 120Hz. Dengan spesifikasi sebegitu, mungkin benar laporan yang mengatakan ia akan dijual jauh lebih mahal dari Mi 11 Ultra.

Sumber: mydrivers

Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi

Baca juga – Xiaomi Atasi BMW Dalam Jenama Paling Bernilai Tahun 2021

Baca juga – Redmi Note 10 Pro 5G Kini Sokong “Tambah” RAM