Xiaomi mengesahkan akan melancarkan beberapa peranti pada minggu hadapan, 10 Ogos 2021. Kini, secara rasminya peranti pertama yang bakal diperkenalkan adalah Mi Mix 4.

Walaupun poster yang dimuat naik tidak menunjukkan peranti tersebut, berdasarkan TENAA, ia akan mempunyai memori hingga 12GB RAM dan storan hingga 256GB.

Selain itu, dijangka ia akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 888 atau Snapdragon 888+ bersama-sama spesifikasi andalan (flagship).

Pada masa yang sama, Digital Chat Station telah berkongsikan panel yang didakwa Mi Mix 4 menggunakannya dimana ia dilengkapi kamera di bawah skrin. Menariknya, apabila skrin dibuka, tidak kelihatan langsung paparan berlubang yang menempatkan kamera itu.

Tambahan lagi, Mi Mix 4 juga mungkin hadir dengan tetapan kuad-kamera serta skrin kedua di belakang seperti yang ada pada Mi 11 Ultra.

Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 10 Ogos 2021 jam 7:30 malam.

Sumber: weibo

Baca juga artikel berkaitan: