Dilancarkan secara rasmi pada 25 Oktober yang lalu, Mi Mix 3 tampil dengan rekaan menarik. iaitu mekanisma gelongsor magnetik untuk menyembunyikan sistem kamera selfie.
Semalam, Mi Malaysia telah memberi bayangan bahawa Mi Mix 3 akan menjengah kedalam pasaran tempatan pada Januari 2019.
Disamping itu, harga yang bakal diletakkan juga berada dibawah paras RM2500 dengan kelengkapan flagship dan ini dijangka mampu menarik perhatian peminat Xiaomi diluar sana.
Bulan lalu kami sudah berkesempatan merasai peranti tersebut dan anda boleh lihat video dibawah untuk Pra-tonton Mi Mix 3.