Jenama yang selalu membawakan peranti dengan harga berbaloi bersama spesifikasi baik, Xiaomi, kini hadir dengan promosi potongan harga bagi beberapa peranti terpilih. Menerusi Lazada Mid-Year Festival yang akan berlangsung pada 12 Julai 2019, Mi Mix 2S, Redmi Note 7 dan Mi Band 3 bakal ditawarkan lebih murah berbanding harga semasa. Potongan harga ini hanya ditawarkan bermula dari (12 Julai 2019) 12 tengah malam ini sehingga pukul 2 pagi.
- Mi Mix 2s – RM999 (harga rasmi RM1799)
- Redmi Note 7 dengan LazadaCare Plus – RM799
- Mi Band 3 – RM99 (harga rasmi RM129)
Selain daripada itu, promosi lain yang boleh didapati sepanjang 12 Julai 2019 adalah:
- Mi 9T dengan LazadaCare Plus – RM1199
- Mi Robot Vacuum Cleaner – RM999 (harga rasmi RM1199)
- Mi 9 (6GB+64GB – RM1699) / (6GB+128GB – RM1999) disertakan secara percuma dengan pengecas tanpa wayar (20W) yang bernilai RM149
- Mi Dash Cam – RM199 (RM249)
- Mi Power Bank 2S 10,000mAh – RM49 (RM79)
- Mi Action Camera 4K –RM399 (RM509)
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran yang dibuat Xiaomi bersempena dengan Lazada Mid-Year Festival ini, boleh ikuti Xiaomi Flagship Store di Lazada.