Band pintar Mi Band merupakan antara band paling popular yang digunakan di seluruh dunia disebabkan penawaran spesifikasi menarik pada harga berpatutan. Terbaru, Xiaomi sendiri telah mengesahkan pelancaran Mi Band 5 yang bertarikh 11 Jun 2020 ini.
Ia bakal hadir dengan fungsi-fungsi baharu seperti sensor kepekatan darah SpO2, sokongan Alexa, dan juga paparan lebih besar. Terdapat juga gambar janaan band tersebut memperlihatkan paparan yang bersaiz 1.2 inci yang lebih besar berbanding Mi Band 4 yang hanya 0.95 inci.
Sebelum ini juga kami melaporkan bahawa Mi Band 5 akan menggunapakai kaedah pengecasan persis Mi Band 2 dan 3. Pada Mi Band 4, pengecasannya adalah di bahagian bawah.
Maklumat mengenai harga jualan masih belum diketahui, namun ia dijangka sekitar 200 yuan (~RM122) dan tidak jauh berbeza dengan model-model sebelumnya.
Beli Mi Band 4 di Lazada (https://invol.co/cloips) atau Shopee (https://invol.co/cloipp)
Sumber: Weibo