Xiaomi baru sahaja memperkenalkan model kelas perdana 2019 mereka, Mi 9 di China semalam.
Tidak menunggu lama, laman DxOMark telah pun menyenaraikan markah bagi prestasi kamera peranti ini di laman mereka.
Xiaomi Mi 9 telah menerima markah keseluruhan sebanyak 107 markah, sekaligus mengatasi beberapa telefon kelas premium seperti iPhone XS Max(105), Samsung Galaxy Note 9(103) dan Google Pixel 3(101).
Baca juga: Mi 9 Sudah Rasmi – Membawakan 3 Kamera Dan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W
Malah, 99 markah bagi kualiti video yang diterima Mi 9 adalah yang tertinggi pernah diberikan DxOMark untuk kategori video setakat ini.
Bagaimanapun, markah tersebut masih belum cukup bagus untuk mengambil alih kedudukan dua peranti Huawei iaitu Mate 20 Pro dan P20 Pro. Kedua-duanya mempunyai markah sebanyak 109 markah.
Model keluaran terbaru Xiaomi ini hadir dengan tetapan kamera utama tri-lensa 48MP f/1.75 Sony IMX586 + 12MP f/2.2 + 16MP f/2.2.
Bagi kamera swafoto pula, ia disokong oleh lensa tunggal 20MP. Akan tetapi, kualiti kamera berkenaan masih lagi belum diuji setakat ini.
Xiaomi Mi 9 akan diperkenalkan sekali lagi di acara MWC 2019 pada 24 Februari ini bagi peringkat global dan ia dijangka akan mendapat sambutan hangat, sama seperti model Mi 8 terdahulu.
Sumber: DxOMark