Antaramuka MIUI 10 telah dilancarkan oleh Xiaomi pada suku ketiga 2018 yang lalu. Beberapa peranti telah menerima kemaskini sistem berkenaan antaranya Mi 8, Mi Mix 2s dan Redmi Note 5 Pro. Terbaru, Xiaomi telah umumkan 20 lagi peranti yang bakal menerima kemaskini tersebut bermula dari hari ini.
Senarai peranti yang bertuah adalah seperti berikut:
- Mi 4
- Mi 4C
- Mi 4S
- Mi 5s
- Mi 5s Plus
- Mi Max
- Mi Max Prime
- Mi Max 2
- Redmi 4
- Redmi 4 Prime
- Redmi 4A
- Redmi 4X
- Redmi 5A
- Redmi 5 Plus
- Redmi Pro
- Redmi Note 3
- Redmi Note 4
- Redmi Note 4X
- Redmi Note 4X MediaTek variant
- Redmi Note 4X Qualcomm variant
- Redmi Note 5A
- Redmi Note 5A Prime
Melihat kepada senarai diatas, kebanyakan daripada model-model yang tersenarai adalah keluaran dua atau tiga tahun yang lalu. Malah, agak mengejutkan apabila model Mi 4(2014) masih lagi menerima kemaskini ini walaupun ia telah memasuki usia 4 tahun.
Perkara ini sepatutnya dipuji kerana Xiaomi masih lagi komited dalam memberikan kemaskini baru walaupun pada model-model lama. Walaubagaimanapun, MIUI 10 yang akan digunakan kelak bukanlah berasaskan Android 9 Pie.
Sumber: Mydrivers