Beberapa minggu yang lalu, Xiaomi telah melancarkan telefon berkelas andalan serta tablet baharu mereka menerusi Mi Mix 4 dan siri Mi Pad 5.

Dengan beberapa bulan lagi sebelum kita menutup tirai 2021, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan Mi 12 pada bulan November ini. Jika benar, nampaknya ia sedikit awal berbanding Mi 11 tahun lalu.

Spekulasi mengatakan telefon tersebut dikuasakan cip Snapdragon 898 yang mana laporan sebelum ini juga ada menyatakan ia sedang diuji dan mungkin diumumkan sekitar musim sejuk nanti.

Selain itu, Mi 12 berkemungkinan juga mempunyai sokongan pengecasan berwayar 120W dan tanpa wayar 100W. Tambahan lagi, ia turut dijangka dilengkapi panel LTPO OLED yang mana menawarkan kadar segar semula dinamik (1-120Hz) atau adaptive refresh rate.

Namun demikian Mi 12 mungkin akan menjalankan MIUI 12.5 Enhanced terlebih dahulu sekiranya ia dilancarkan pada November. Ini kerana Xiaomi mengesahkan bahawa MIUI 13 bakal diperkenalkan pada penghujung tahun 2021.

Sumber: mydrivers

Baca juga: