Xiaomi Mi 11 kini dilaporkan bakal dilancarkan lebih awal daripada jangkaan iaitu pada penghujung Disember. Perkara ini didedahkan oleh Ice Universe melalui ciapan di Twitter.

Umum mengetahui, Mi 11 merupakan peranti pertama yang akan dilancarkan dengan cip pemproses Snapdragon 888 yang diumumkan baru-baru ini. Selain itu, beliau turut mendedahkan rekaan Mi 11 dengan skrin melengkung di bahagian sisi.

Terdahulu, Digital Chat Station pada 30 November turut menyatakan Mi 11 akan diumumkan pada Disember ini.

Bagi pihak Xiaomi, belum ada maklumat lanjut mengenai Mi 11 yang didedahkan selain penggunaan cip pemproses Snapdragon 888. Namun, menjadi yang pertama dilancarkan dengan cip berkenaan, sudah pasti pelancarannya sudah semakin hampir dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: Ice Universe, Digital Chat Station