CEO Xiaomi, Lei Jun pada awal bulan ini telah mendedahkan Mi 11 akan menjadi telefon pintar pertama yang akan dilancarkan dengan cip pemproses Snapdragon 888. Kini, laporan terbaru telah mendedahkan tarikh spesifik pelancaran Mi 11.

Memetik laporan GizmoChina, Xiaomi dijangka menjadualkan 29 Disember 2020 sebagai tarikh pelancaran Mi 11. Akan tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada ianya pelancaran global atau untuk pasaran China sahaja.

Namun, beberapa laporan sebelum ini menyatakan Mi 11 akan dilancarkan untuk pasaran China terlebih dahulu.

Gambaran rekaan Mi 11 oleh Ben Geskin

Terdahulu, imej sebenar yang didakwa sebagai Mi 11 telah tertiris. Ia memperlihatkan rupa bentuk modul kamera serta warna panel belakang telefon berkenaan.

Menerusi imej itu juga, rekaan yang diperlihatkan adalah mirip seperti yang didedahkan oleh Ben Geskin sebelum ini.

Bagaimanapun, dengan pelancarannya yang semakin hampir, dijangkakan lebih banyak perincian mengenai pelancaran peranti ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: GizmoChina

Anda juga boleh dapatkan siri Xiaomi Mi 10 melalui:
Lazada (https://invol.co/cl1ympx)
Shopee (https://invol.co/cl1ymq0)