Sejak beberapa hari lalu, Xiaomi telah pun mula melepaskan kemas kini terbaru MIUI 12.5 Mi 10T Pro dengan penawaran versi MIUI 12.5.5.

Kali terakhir Mi 10T Pro menerima kemas kini MIUI 12.5 adalah pada awal Ogos lalu menerusi versi MIUI 12.5.3.


Kandungan utama kemas kini MIUI 12.5.5 adalah memfokuskan kepada System dan Notes.

Untuk System, MIUI 12.5.5 meninkatkan kuasa pemprosesan, respon sentuh yang lebih pantas, meningkatkan ciri keselamatan dan lain lain.

Manakala untuk Notes pula dimuatkan dengan beberapa ciri baru.

Jadi sekiranya anda pengguna telefon pintar Mi 10T Pro, anda bolehlah menyemak dan mengemas kini telefon pintar anda dengan segera.

Tetapi sekiranya tiada, anda perlu bersabar menunggu sedikit masa lagi sebelum ia ditawarkan untuk peranti anda kerana kemas kini MIUI 12.5.5 ditawarkan secara berperingkat untuk penggunanya di seluruh dunia.