Jika anda pengguna model peranti pintar Xiaomi Mi 10T atau Mi 10T Pro, anda kini sepatutnya sudah menerima kemas kini yang amat ditunggu-tunggu iaitu MIUI 12.5.

Selain daripada kemas kini MIUI 12.5, kemas kini ke atas aplikasi Notes juga turut disertakan bersama dalam kemas kini tersebut.

Walaubagaimanapun sejujurnya, selepas mengemas kini kepada MIUI 12.5, dapat dirasakan sedikit perbezaan terhadap ketahanan bateri di mana peranti Mi 10T Pro yang diuji penulis berasakan sedikit lebih cepat habis baterinya berbanding sebelum ini.

Tetapi secara keseluruhan sistem operasi sememangnya lebih lancar, aplikasi-aplikasi menjadi lebih stabil dan animasi antaramukanya juga cukup menarik.

Jadi kepada pengguna peranti Xiaomi yang sudah menggunakan MIUI 12.5, apakah pandangan anda?

Adakah anda berdepan sebarang isu selepas peranti anda di kemas kini kepada MIUI 12.5?