Xiaomi hari ini secara rasmi melancarkan 2 model baharu dalam barisan siri Mi 10 iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro untuk pasaran global.
Mi 10 dan Mi 10 Pro berkongsi beberapa spesifikasi yang sama iaitu skrin IPS LCD 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz serta rekaan DotDisplay yang menempatkan kamera swafoto 20MP.
Selain itu, peranti ini dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 865, LPDDR5 dengan storan UFS 3.1, dwi pembesar suara, kapasiti bateri 5000mAh serta didatangkan dengan pengecasan pantas 33W yang disediakan dalam kotak pembelian. Kedua-dua model ini turut menyokong sambungan rangkaian 5G.
Mi 10T Pro
Menjadi tumpuan adalah Mi 10T Pro yang dilengkapi tetapan tri kamera dengan 108MP utama, 13MP sudut lebar dan 5MP makro. Ia juga hadir dengan Optical Image Stabilization (OIS). Ia turut menyokong rakaman video 8K.
Peranti ini ditawarkan dengan dua varian storan iaitu RAM 8GB/128GB dan 8GB/256GB.
Mi 10T
Bagi Mi 10T, ia juga dimuatkan dengan tetapan tiga kamera. Namun, hanya didatangkan dengan 64MP utama, 13MP sudut lebar dan 5MP makro. Sama seperti Mi 10T Pro, peranti ini hadir dengan sokongan rakaman video 8K.
Beralih ke storan, terdapat dua pilihan yang ditawarkan iaitu RAM 6GB/128GB dan 8GB/128GB.
Harga jualan
Untuk pasaran Eropah, Mi 10 Pro diletakkan pada harga bermula €599 (~RM2916) sementara Mi 10 pula dijual pada harga bermula €499 (~RM2429). Bagi pasaran Malaysia, harga kedua-dua model ini hanya akan diketahui pada pelancaran tempatan yang akan berlangsung 6 Oktober depan.