Xiaomi kini mengumumkan pelancaran telefon pintar baharu untuk pasaran India pada 5 Januari 2021. Seperti yang diperlihatkan melalui poster, peranti ini dilengkapi dengan 108MP kamera utama.

Mi 10i

Terdahulu, Redmi Note 9 4G dijenamakan semula sebagai Redmi 9 Power untuk pasaran India dengan penambahan kamera makro 2MP. Melihat pada modul kamera, kemungkinan ianya adalah Mi 10i yang dijenamakan semula dari Redmi Note9 Pro 5G.

Walaupun Xiaomi India belum lagi mengesahkan nama rasmi peranti itu, apa yang pasti ia akan dilancarkan pada 5 Januari depan.

Xiaomi kebiasaannya menjenamakan semula peranti Redmi dan Mi mengikut pasaran negara tertentu. Dengan itu, tidak diketahui jika dibawa masuk ke Malaysia nanti, apakah akan berlaku penjenamaan semula atau sebaliknya.

Ini kerana, Xiaomi pada Mei lalu telah pun melancarkan siri Redmi Note 9 untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Xiaomi India via GizmoChina