Laporan sebelum ini menyatakan realme menjadi pengeluar paling pantas mencapai 100 juta jualan telefon pintar secara global. Namun, jangan dilupakan jenama yang semakin hari semakin ‘mengganas’ Xiaomi juga tidak kurang hebatnya.

Bagaimanapun, Pengarah Redmi India, Sneha Tainwala menuduh realme suka meniru mereka. Dalam satu ciapan menerusi akaun Twitter, beliau mengatakan realme Fan Festival 2021 meniru Mi Fan Festival (MFF) 2021.

Seperti yang diketahui, MFF diadakan bertujuan untuk meraikan peminat mereka dengan menawarkan beberapa promosi menarik dan lain-lain. Sementara, realme Fan Festival juga seperti itu.

Sebenarnya, selain Mi Fan Festival, beliau juga menuduh program keusahawanan oleh realme – realme Entrepreneurship Program turut mirip program yang sama dari Xiaomi.

Buat pengetahuan, pasaran Xiaomi dan realme di India amat kuat terutama segmen peranti berkelas pertengahan. Tidak hairanlah mengapa realme cuba tampil dengan strategi yang hampir sama.

Bahkan, realme kini juga sudah mula menawarkan pelbagai produk seperti realme Book, realme TV, realme Watch, realme Pad akan datang dan banyak lagi.

Bagi membalas kritikan tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran realme India dan Eropah menyatakan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Lebih baik jika masing-masing memfokuskan produk sendiri.

Jika diikutkan, Xiaomi/Redmi dan realme perlu menganggap semua ini adalah persaingan yang sihat. Ini kerana pengguna yang akan menentukan sendiri produk mana yang lebih berbaloi untuk dimiliki.

Sumber: notebookcheck, FrancisRealme

Baca juga: