Seperti sedia ketahui, Xiaomi bakal melancarkan peranti baharu Mi Mix 4 pada 10 Ogos 2021. Semalam, poster kehadiran telefon tersebut sudah pun dikongsikan.

Kini, Xiaomi semakin rancak bercakap tentang siri Mi Mix ini. Menurut mereka, Mi Mix 4 bakal menjadi suatu perubahan baharu dalam dunia telefon pintar.

Xiaomi Mi Mix 3

Buat pengetahuan, Mi Mix 3 dilancarkan pada 3 tahun yang lalu dimana ia sudah pun menggunakan skrin penuh. Cuma, kameranya adalah mekanisme yang meluncur ke atas.

Kali ini, Mi Mix 4 sudah mula memberi bayangan awal bahawa ia bakal menjadi telefon Xiaomi pertama dilengkapi kamera di bawah skrin. Apabila ia dilancarkan nanti, Xiaomi akan menyertai ZTE dalam penawaran peranti dengan teknologi kamera di bawah skrin.

Sementara itu, tablet Xiaomi Mi Pad 5 nampaknya masih tidak lagi kelihatan poster acah dan sebagainya. Ini kerana tablet tersebut juga amat ditunggu-tunggu peminat.

Sumber: Xiaomi weibo

Baca juga artikel berkaitan: