Jenama memerli dan menyindir antara satu sama lain sudah menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi pada era media sosial dan internet ini.

Baru-baru ini OnePlus telah memerli Apple secara halus namun jelas di Twitter dengan memuat naik kicauan gambar buah epal berserta OnePlus 8T dengan kapsyen β€œIn a world of apples, stand out with a OnePlus.”

Walaupun tiada jenama “Apple” yang disebut, imej buah dan juga kapsyen mereka terang-terang menyindir jenama Cuppertino berkenaan.

Apple walau bagaimanapun tidak memberi maklum balas terhadap kicauan ini kerana seperti yang kita faham, Apple suka berada dalam dunia mereka sendiri dan juga tidak menganggap lambakan jenama Android sebagai pesaing mereka.

Namun, jenama lain pula muncul dan menyindir OnePlus kembali. Xiaomi memuat naik kicau balas gambar Xiaomi Mi 10T Pro dengan kapsyen “But why settle for less when you can have more. New year. 108MP resolution.

Bukan itu sahaja, Xiaomi turut meletakkan tanda pagar “#SettleForBetter” yang merujuk kepada slogan OnePlus iaitu #NeverSettle bermaksud lebih berbaloi jika pengguna membeli telefon mereka berbanding OnePlus.

OnePlus walau bagaimanapun dilihat belum memberikan kicau balas kepada Xiaomi.

Jika anda masih ingat lagi, beberapa jenama seperti vivo, Samsung, OnePlus, Xiaomi sebelum ini telah mengejek Apple mengenai ketiadaan pengecas disertakan ketika pembelian mereka.

Ia merupakan perkara normal namun agak memalukan jika sindir-menyindir sesuatu jenama kemudiannya melakukan perkara yang disindir seperti apa yang Samsung buat baru-baru ini.

Sumber: Xiaomi