Xiaomi dilaporkan telah memberhentikan pengeluaran model peranti pintar Redmi Note 10 untuk pasaran Indonesia.

Ia diumumkan oleh Xiaomi Indonesia menerusi laman sosial rasmi Instagram dan Twitter mereka.

Xiaomi Indonesia menyatakan peranti Redmi Note 10 telah habis dijual di Indonesia.

Kredit: Instagram Xiaomi IndonesiaTetapi menurut laporan oleh media tempatan negara itu, penamatan pengeluaran peranti tersebut di negara itu dibuat berikutan kekangan bekalan cip peranti tersebut dari pihak Qualcomm akibat daripada pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan pasaran peranti pintar secara global.

Untuk pasaran Malaysia, siri Redmi Note 10 mula ditawarkan pada Mac 2021 lalu menerusi model Redmi Note 10 dan Redmi Note 10 Pro.

Kemudian ia disusuli dengan penawaran model Redmi Note 10 5G dan Redmi Note 10S pada Mei lalu.

Untuk Redmi Note 10S, Xiaomi Malaysia ada menawarkan varian terbaru menerusi edisi Redmi Note 10S Starlight Purple pada awal Ogos baru-baru ini.

Sumber: CNBC Indonesia

Baca juga: Siri Redmi Note 10 Rasmi, Ini Harga Yang Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia

Dua Redmi Note 10 Baharu Rasmi, Kekal Harga Mampu Milik

Redmi Note 10S Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Dan Redmi 9C Dengan Storan Dan RAM Lebih Besar