Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan kilang yang tidak lagi memerlukan manusia untuk mengoperasikannya.

Sebaliknya kilang pembuatan telefon pintar Xiaomi itu akan dioperasikan sepenuhnya oleh robot.

Penggunaan robot dikilang yang menggunakan simbolik nama “Black Light Factory” itu didakwa akan membolehkan pengeluaran 1 unit telefon pintar pada setiap 3 saat selepas melepasi bahagian pemasangan, ujian dan pembungkusan yang kesemuanya dilakukan oleh robot.

Sekaligus membolehkan operasi kilang dijalankan sepanjang tahun tanpa henti.

Pada tahun lalu, Xiaomi telah pun melancarkan fasa pertama  kilang pintar mereka yang mampu mengeluarkan 1 juta unit peranti pintar setahun.

Untuk fasa kedua pula, kilang automatik Xiaomi itu yang kedua-duanya terletak di dalam daerah Beijing dijangka akan mampu mengeluarkan 10 juta unit telefon pintar dalam masa setahun yang membolehkan Xiaomi menjana keuntungan sekurang-kurangnya USD9.3 bilion setiap tahun.

Sumber: GizChina

Baca juga: Xiaomi Mengacah Mi 67W, Satu Pengecas Untuk Semua Peranti

Baca juga – Lagi Telefon Pintar Xiaomi Didakwa Meletup

Baca juga – Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11