Selain melancarkan siri Xiaomi 11T, Xiaomi juga memperkenalkan bud telinga TWS pertama dari Redmi iaitu Redmi Buds 3 Pro.

Bud telinga ini dilengkapi dengan teknologi hibrid pembatalan hingar 35db yang mampu memberikan kualiti audio terbaik dalam apa jua suasana.

Menggunakan sambungan Bluetooth 5.2, ia boleh disambungkan secara serentak bersama 2 peranti berbeza tanpa perlu dibatalkan sambungan untuk menjawab telefon atau sambil menonton filem di komputer riba.

Kelancaran sambungan itu dengan adanya sokongan antaramuka MIUI yang dapat menyambungkan Redmi Buds 3 Pro dengan peranti lain dengan mudah.

Redmi Buds 3 Pro menyokong pengecas tanpa wayar.

Terdapat 2 mod tetapan pada Redmi Buds 3 Pro iaitu Transparency Mode dan Noice Cancellation Mode.

Redmi Buds 3 Pro ditawarkan pada harga RM239.00 dan sudah boleh dibeli secara atas talian menerusi Xiaomi Store.

Selain versi pro, Xiaomi juga menawarkan Redmi Buds 3 versi biasa yang lebih mampu milik yang hanya berharga RM139.00.

Ia akan mula berada di pasaran pada bulan Oktober nanti.