Dalam hari pertama acara Xiaomi, mereka telah memperkenalkan beberapa telefon baharu. Namun, bukan itu sahaja, Xiaomi turut melancarkan pad pengecasan tanpa wayar.

Mungkin ada yang pernah lihat akan aksesori ini dimana ia tampil dengan rupa mirip Apple AirPower.

Sama seperti yang ada pada Apple, pad pengecas tersebut dilengkapi 19 gegelung pengecas. Pada permukaannya juga, ia mampu menyokong sehingga tiga peranti.

Selain itu, setiap peranti yang diletakkan boleh dicas sehingga 20W pada satu-satu masa. Walaupun ini produk Xiaomi, tidak perlu risau kerana mana-mana peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar Qi seperti iPhone baharu atau AirPods masih boleh digunakan.

Dalam pada itu, Xiaomi turut memperkenalkan pengecasan tanpa wayar 80W dan pengecas 120W.

Untuk pengecas tanpa wayar itu, Xiaomi mengatakan ia dapat mengecas telefon dalam pelbagai posisi, sama ada menegak atau mendatar.

Dari segi harga jualan, pengecas tanpa wayar 80W ini dijual pada harga 499 yuan (~RM314). Manakala pad pengecasan tanpa wayar tersebut adalah berharga 599 yuan (~RM377).

 

Beli produk Xiaomi melalui:
Shopee (https://invol.co/cl31317)
Lazada (https://invol.co/cl3130q)