Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Lancar Mix Fold 3 – Mampu Bertahan Sehingga 500,000 Lipatan

Posted on Ogos 15, 2023Ogos 15, 2023

Dalam acara yang berlangsung di China semalam, Xiaomi telah melancarkan telefon boleh lipat Mix Fold 3 dengan sejumlah inovasi.

{suggest}

Mengenai spesifikasi, Mix Fold 3 hadir dengan rekaan lebih nipis berbanding pendahulunya, dengan ketebalan 5.26mm apabila dibuka lipat dan 10.89mm jika dilipat.

Menurut Xiaomi, teknologi engsel baharu yang dimuatkan pada Mix Fold 3 boleh mengendalikan sehingga 500,000 lipatan, dengan menerima perakuan daripada TÜV Rheinland.

Panel utamanya berukuran 8.03-inci LTPO dengan resolusi 2K. Panel tersebut dilengkapi UTG dan sokongan 120Hz kadar segar boleh ubah, HDR10+ dan Dolby Vision.

Di bahagian luar, ia dilengkapi paparan LTPO OLED bersaiz 6.56-inci FHD+ yang dilindungi Gorilla Glass Victus 2 dengan maksimum kecerahan 2,600 nit.

Memuatkan bahagian dalaman peranti adalah cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan gandingan sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan maksimum 1TB storan dalaman berasaskan UFS 4.0.

Bagi menghidupkan peranti, Mix Fold 3 didatangkan dengan kapasiti bateri 4,800mAh bersama sokongan pengecasan 67W.

Kamera

Beralih ke bahagian kamera, Mix Fold 3 menampilkan tetapan empat kamera dengan lensa Summicron Leica. Lensa utama 50MP Sony IMX800 dengan OIS, 12MP ultra-lebar, dan sepasang lensa 10MP telefoto dengan 3.2x (75mm) dan 5x (115mm) zum optikal.

Kedua-dua kamera swafoto di bahagian luar dan dalam mempunyai lensa 20MP.

Harga

Berikut harga permulaan untuk model Mix Fold 3:

  • 12GB/256GB – 8,999 yuan (~RM5,745)
  • 16GB/512GB – 9,999 yuan (~RM6,383)
  • 16GB/1TB – 10,999 yuan (~RM7,022)

Namun, buat masa ini, Mix Fold 3 hanya kekal eksklusif untuk pasaran China. Xiaomi tidak menyatakan jika ia akan dibawa masuk untuk pasaran global atau sebaliknya.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress