Boleh dikatakan tahun 2021 ini merupakan tahun yang cukup baik buat jenama Xiaomi. Selepas berjaya memintas Apple untuk menjadi pengeluar kedua terbesar dunia, mereka kini memintas Samsung pula di pasaran eropah buat pertama kalinya.

Berdasarkan laporan terbaru dari Strategy Analytics, Xiaomi berada di puncak teratas dengan mengeluarkan sebanyak 12.7 juta unit atau bersamaan 25.3% pegangan pasaran setakat suku kedua 2021.

Sementara Samsung pula tidaklah terlalu jauh ditinggalkan dengan 12 juta unit atau 24% pegangan pasaran bagi pengeluaran telefon pintar.

Menurut Strategy Analytics lagi, jenama Xiaomi menerusi siri Mi dan Redmi sangat berjaya di pasaran Rusia, Ukraine, Sepanyol, Itali dan beberapa buah negara eropah lagi dimana mereka menganggap peranti tersebut amat berbaloi.

Di Malaysia sendiri, kita boleh lihat siri Redmi Note 10 misalnya mempunyai ramai peminat. Ia ditawarkan spesifikasi yang baik pada harga yang mampu milik.

Tidak hairanlah mengapa barisan peranti Xiaomi mendapat perhatian ramai orang. Ditambah lagi tablet Xiaomi juga menerima pengesahan SIRIM, mungkinkah tablet tersebut bakal jadi kegilaan ramai?

Walau apa pun, setakat suku kedua 2021, Samsung masih lagi mendominasi pasaran telefon pintar secara global.

Sumber: businesswire

Baca juga artikel berkaitan: